Muka Utama

Daripada perniagaan kecil ke kilang pangeluaran berteknologi moden. Itulah cerita kejayaan di sebalik nama TAMIN.

Kini, nama TAMIN dikenali ramai dengan sos dan kicap yang bermutu tinggi. Reputasi ini dibina selama kini oleh allahyarham Tuan Haji Tamin. Usaha beliau diteruskan oleh keluarganya di kedua-dua kilang yang menggunakan teknologi semasa dan mesin-mesin moden di Perak Darul Ridzuan.

Walaupun produksi kian bertambah, rasa asli Kicap TAMIN tetap sama seperti yang dirasa pada tahun 1951. Komitmen terhadap kualiti ternyata sehingga TAMIN dapat mengembangkan pasaran di United Kingdom.

TAMIN akan kekal sebagai peneraju pasaran menerusi penyelidikan dan pembangunan, kualiti  berkawalan ketat dan strategi inovasi pasaran.